*BK2 start* *BK3 start*

Saban hari makin ramai usahawan yang mula berbisnes menggunakan platform Facebook.

Namun, ada beberapa kesilapan lazim dalam mengurus fan page Facebook yang sering mereka lakukan. Biasalah, newbies kan…

Apakah kesilapan-kesilapan tersebut? Baca poin-poin berikut:

1. Post perkara yang tak berkaitan

silap besar

Sekejap post lokasi sarapan lah, sekejap post tentang ekonomi semasa lah, sekejap post tentang hamster tak sihat lah. Semua bercampur aduk.

Sangat tak sesuai dan tak profesional.

Orang akan nampak page itu macam main-main, tak serius dalam bisnes. Habis jatuh kredibiliti page tersebut.

.

2. Terlalu menjual

Banyak yang berlaku, konten dalam page hanya menjual saja.

HARDSELLING!!! NO…!

Orang akan naik menyampah bila kita ni terlalu terdesak untuk menjual. Ingat, manusia memang suka membeli, tetapi mereka tidak suka dijual!

Perbanyakkan berkongsi tips, cerita kejayaan, atau pun testimoni pelanggan lain yang telah menggunakan produk anda. Itu lebih baik.

.

3. Tiada komunikasi 2-hala

silap besar

Biasa tak singgah mana-mana fan page yang ada berpuluh ribu followers, tapi setiap post dalam fan page tu tak banyak engagement pun. Biasa nampak?

Rugi dan merugikan kalau jadi macam tu… Facebook kan media sosial. Bermaksud, tempat untuk bersosial. Jadi, kita wajib galakkan followers kita untuk engage dengan setiap posting kita.

Salah satu cara untuk tingkatkan engagement ialah dengan anjurkan pertandingan slogan menarik, cabutan bertuah dan sebagainya yang berkaitan dengan produk. Itu cara paling mudah dan cepat lah. Ada banyak lagi cara lain.

.

4. Ayat iklan yang “ke-laut”

Adoi… Ini pun masalah juga. Masih ramai sebenarnya yang tak tahu cara betul menulis copywriting. Pakai hentam tulis saja.

Tuan puan yang saya sayangi sekalian, ayat iklan ni ada struktur dan peraturannya tau. Ada banyak mazhab untuk tulis copywriting ni.

Paling mudah, pastikan ayat iklan anda ada 5T berikut:

  • Tajuk
  • Tawaran
  • Testimoni
  • Tindakan (CTA)

.

5. Tidak fokus pada USP

silap besar

Apakah keunikan dan kelebihan bisnes anda? Itulah dia USP anda. Tonjolkan dan fokus pada USP tu.

Sekarang ini, ramai orang buat bisnes online. Bidang apa pun bisnes anda mesti ada pesaingnya.

Jadi, produk anda perlu ada keunikan supaya orang mudah tertarik kepada anda berbanding pesaing lain.

Contoh, anda jual produk jubah lelaki.

Salah satu cara nak jadikan jubah anda unik berbanding jubah lain ialah pada nama. Contoh, Jubah Raihan.

Atau..

Anda jual minyak tradisional merawat masalah rambut. Fokus cerita satu kebaikan produk saja dalam satu post. Contoh, anda pilih Argan Oil. Jadi, fokus cerita kelebihan dan manfaat Argan Oil saja dalam post tu.

.

Belajar sesuatu dari artikel ini?

Jom like FB Page saya untuk dapatkan tips-tips power yang anda boleh terus guna dalam bisnes!