*BK2 start* *BK3 start*

Anda pernah dengar Instagram Stories?

Ala yang buat video di Instagram itu lah.

Kalau anda boleh guna video Instagram Stories untuk huru-harakan sales bisnes, mesti best-kan?

Kami tahu anda sudah mula excited sekarang ini.

Hari ini kami nak kongsikan 5 tip Instagram Stories untuk bisnes anda.

.

1. Buat tawaran istimewa

video insta

Beritahu yang syarikat anda buat special offer untuk hari itu saja.

Boleh jadi dengan cara reveal kod kupon untuk dapat harga diskaun produk anda, boleh jadi untuk beri free gift dengan pembelian produk terkini dan banyak lagi special offer yang anda boleh buat.

Ada dua cara nak buat special offer ini:

  • Insta Live: Anda reveal kod kupon dan beritahu terhad kepada 100 orang pertama saja. Bila dah cukup 100 orang, anda update satu gambar di instagram beritahu kuota dah penuh, tawaran ditutup.

*Untuk pengetahuan anda, Insta Live ialah anda buat 1 video secara live. Tamat saja video live itu, video anda terus hilang, tidak akan muncul di profil.

  • Insta Normal: Anda update 1 video beritahu tentang special offer. Beritahu juga offer tamat dalam tempoh 24 jam. Selepas tamat, upload satu gambar beritahu tawaran ditutup.

*Untuk pengetahuan anda, Insta Normal ialah anda upload video berdurasi 1 minit dan video itu akan tetap di profil itu.

.

2. Video sebalik tabir

Video berbentuk sebalik tabir ialah semua yang berkaitan bagaimana anda berusaha keras penuhi permintaan pelanggan.

Buat lah video bila anda nak pergi ambil produk di kilang ke, anda bawa keluar produk dari kontena masuk dalam van ke, produk anda yang baru sampai kedai ke, anda shopping beli mixer terbaru ke, pasang tile di rumah pelanggan ke dan banyak lagi.

.

3. Video softsell produk

video insta

Video softsell ialah semua yang berkaitan nak jadikan produk anda nampak kool.

Bukan menjual (hardselling) ya.

Antara contoh video softsell ialah cara nak gayakan tudung dengan skaf, tip pilih aksesori untuk digayakan ke majlis tertentu, menu hidangan simple guna produk cili giling anda, buat muffin kegemaran untuk anak anda dan banyak lagi.

.

4. Slide infografik untuk hebahkan konten terbaru website

Begini.

Contoh, anda jual produk kurus dan punyai website sendiri.

Anda publish konten tentang 7 jenis senaman yang boleh dibuat di office tempat kerja. Buat slide infografik untuk:

  • Muka depan seperti “DIY Senaman Yang Boleh Buat Di Office”
  • 3 infografik untuk 3 jenis senaman pertama
  • Buat call-to-action (CTA) seperti “Nak tahu lagi? Baca di sini …(link website)”

Durasi video dalam 1 minit saja. Tidak perlu lama-lama.

.

5. Buat video teaser

video insta

Anda buat video teaser untuk hebahkan sesi video utama.

Contoh, anda mahu buat fb live Q&A selama sejam pada malam ini untuk jawab soalan tentang fb ads.

Jadi, anda buat lah video teaser di Instagram untuk ajak follower anda join live video malam nanti di fb. Minta follower anda sediakan soalan-soalan maut yang selalu buat kepala serabut tentang fb ads.

.

Belajar sesuatu dari artikel ini?

Jom like page BuzzKonten untuk dapatkan tips-tips mudah yang anda boleh terus guna dalam bisnes!