*BK2 start* *BK3 start*

Kalau anda follow fb page kami, mesti dah tahu formula AIDA ni apa.

Tapi, yang tu secara asasnya aje.

Hari ni kami nak beritahu dengan lebih jelas lagi pasal formula AIDA. Memang sesuai kalau nak guna untuk buat copywriting landing page.

Terus baca kat bawah ni.

.

1. Attention

Aida

Anda perlu tarik perhatian pembaca kurang dari 8 saat.

Macam mana nak tarik perhatian?

Guna 3 cara ini:

  • Headline
  • Gambar
  • Intro

Apa yang perlu anda tulis dalam 3 cara tu?

Pertama, buat customer avatar untuk produk anda.

Kedua, beri solusi untuk masalah utama yang mengganggu pelanggan.

Ketiga, tulis hingga buat pelanggan rasa “Ini lah produk yang aku cari!”

.

2. Interest

Aida

Buat pelanggan rasa tertarik dengan anda,

Cara mudah nak buat pelanggan tertarik dengan anda, mulakan dengan beri kesedaran tentang betapa besarnya masalah yang pelanggan alami kalau tak ambil penyelesaian segera.

Anda boleh ‘jentik’ kesedaran dengan 4 tool ini:

  • Fakta/ informasi
  • Statistik
  • Case study
  • Keadaan yang ideal/ sihat yang sepatutnya macam mana

.

Jangan guna semua sekali. Nanti jadi detail sangat.

Guna 2-3 pun dah okey.

.

3. Desire

Aida

Pada tahap ni, anda wujudkan keinginginan yang sangat kuat pada pelanggan untuk nak dapatkan produk.

Di sini, anda letakkan ayat yang lebih beremosi.

Guna 2 tool ini:

Ciri vs Manfaat

Pertama sekali, kena tahu apa beza dua ni.

Ciri ialah segala ‘nama saintifik’ untuk buat produk tu.

Manfaat ialah apa yang pelanggan dapat dari ‘nama saintifik’ tu.

Boleh faham?

Contoh, produk anda ada vitamin B6.

Okey, apa benda tu.

Jelaskan apa yang pelanggan dapat dengan vitamin tu.

Vitamin B6 bantu dalam membakar lemak walaupun pelanggan hanya duduk sambil menonton TV.

Tackle emosi pelanggan dengan situasi harian dan beri solusi.

Ceritakan masalah yang pelanggan alami setiap hari dan beri solusi dengan beritahu tentang produk anda.

Contoh, anda jual produk kurus lelaki.

“Seawal pagi lagi, anda kena bertolak pergi kerja untuk elak jalan sesak. Dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang kat tempat kerja, nak balik rumah kena redah jalan sesak pula.

Sampai aje kat rumah, jam dah nak masuk pukul 7 petang. Badan pun dah penat sangat sebab kerja dan kena hadap jalan sesak. Waktu malam pula nak kena layan karenah anak. Anak suruh mewarna lah, melukis lah dan macam-macam lagi.

Dengan rutin harian yang sesibuk ni, pastinya anda tiada masa nak pergi gym atau berjoging.

Berita baik untuk anda, (produk kurus) hanya ambil beberapa saat saja dari masa anda. Dengan hanya ambil 2 tablet (produk kurus) sehari sebelum makan, anda boleh teruskan aktiviti harian seperti biasa dan biarkan tablet (produk kurus) bekerja membakar lemak anda.”

.

4. Action (CTA)

Beritahu pelanggan kena ambil tindakan apa kalau nak beli.

Selalunya CTA dalam bentuk Whatsapp, klik butang “saya nak produk ini sekarang” dan sebagainya.

Kalau nak beri diskaun, boleh masukkan kat bahagian ni.

.

Belajar sesuatu dari artikel ini?

Jom like FB Page kami untuk dapatkan tips-tips mudah yang anda boleh terus guna dalam bisnes!