*BK2 start* *BK3 start*

Baru-baru ini, trend internet berminat nak belajar tentang Google Adwords.

Bukan apa.

Tiada salahnya nak belajar Google Adwords ini. Cuma, jangan pula tinggalkan iklan fb ads anda itu ya.

Dalam berniaga di internet, anda perlu banyakkan medium untuk hebahkan tentang produk anda itu.

Baru lah lebih ramai orang tahu pasal produk anda.

Cukup membebel panjang.

Hari ini kami ingin ceritakan perkara asas dalam Google Adwords.

.

1. Apa sebenarnya Google Adwords?

Asas Google adwords

Secara mudahnya, Google Adwords ialah servis iklan di Google.

Anda perlu membida ‘kata kunci tertentu’ supaya iklan anda muncul dalam hasil carian Google.

.

2. Apa pula kata kunci tertentu tu?

Kata kunci yang dimaksudkan ialah kata-kata dan frasa yang anda bida supaya bila ada orang cari produk atau perkhidmatan tertentu, mereka akan nampak iklan anda di enjin carian.

Contoh, anda menjual tudung labuh.

Jadi, anda boleh membida kata kunci seperti ‘tudung labuh murah’ dan ‘tudung labuh eksklusif’.

Apabila ada orang taipkan kata kunci itu, website tudung labuh anda akan muncul dalam carian Google.

.

3. Kos iklan pula bagaimana?

Asas Google adwords

Bergantung juga pada produk anda.

Ada banyak faktor yang beri kesan pada kos iklan di Google Adwords ini.

Antaranya ialah persaingan kata kunci yang anda bida, lokasi iklan, jenis bisnes anda dan pelbagai lagi.

.

4. Google Adwords ini sesuai ke untuk produk saya?

Majoriti pengiklan memberi review positif tentang keberkesanan Google Adwords untuk pelbagai jenis bisnes.

Dengan syarat, anda tahu kata kunci yang tepat untuk bisnes supaya tidak membazir duit pada kata kunci yang salah hingga iklan tidak mendapat klik.

.

5. Bagaimana nak buat iklan dengan Google Adwords?

Asas Google adwords

Pertama sekali, anda perlu buka akaun Google Adwords.

Langkah pendaftaran yang seterusnya boleh rujuk di sini http://bit.ly/1XVE1uB

.

BONUS…

Bagaimana Google tentukan jumlah yang anda perlu bayar untuk iklan?

Google tentukan jumlah yang perlu dibayar mengikut jumlah klik (Cost-per-Clicks) yang iklan anda terima.

.

Belajar sesuatu dari artikel ini?

Jom like page BuzzKonten untuk dapatkan tips-tips mudah yang anda boleh terus guna dalam bisnes!