Select Page

Tugas utama headline ialah untuk menjual first paragraph atau intro dalam copywriting kita. Bermakna, headline yang baik adalah headline yang berjaya buat pembaca berhenti seketika dan baca perenggan berikutnya.

Memetik kata-kata dari seorang legenda copywriting, Eugene Schwartz,

❝ Tugas headline ialah menjual first paragraph. First paragraph pula menjual second paragraph. Second paragraph menjual third paragraph dan begitulah seterusnya. ❞

Mengikut 1 kajian, kita cuma ada maksimum 10 saat saja untuk mencuri perhatian trafik (pembaca) supaya berhenti dan beri perhatian kepada iklan kita.

Namun, saya yakin di zaman serba pantas ini, tempoh masa yang kita ada mungkin kurang dari 10 saat. Di Facebook misalnya boleh jadi 3 saat saja.

Persaingan makin sengit. Setiap hari, manusia disogokkan dengan puluhan, malah ratusan iklan. Jadi, macam mana nak tarik perhatian mereka supaya baca iklan kita dari ratusan iklan itu?

Itu lah yang saya mahu kongsikan pada kali ini.

Sekali lagi, jom lihat apa yang dikongsikan oleh Eugene Schwartz berkenaan headline. Lihat gambar di bawah:

 

Tips Tulis Headline

1. Sebut nama produk di headline

 

Kalau prospek dah tahu tentang produk kita, dan tahu ia dapat memenuhi keperluannya, jadi headline perlu sebut produk itu.

Jangan keliru nama produk dengan jenama produk ya. Nama produk boleh jadi umum seperti tonik pelebat rambut, penapis air atau permainan kanak-kanak.

Baik, contoh headline untuk kategori ni:

Terbaru! Botol Susu Paling Comel Yang Mampu Kekalkan Kepanasan Susu Sehingga 8 Jam.

Untuk contoh ini, semua orang kenal botol susu tu apa. Tak perlu diperkenalkan lagi. Dan dengan jelas kita beritahu apakah manfaat yang pelanggan bakal terima dari botol susu itu.

Jelas?

2. Gunakan perkataan ‘Ingin’

 

Jika prospek belum kenal lagi produk, tapi kita tahu dia ada keinginan kepada manfaat yang produk itu tawarkan, jadi headline perlu ada perkataan “ingin” atau “mahu”.

Katakanlah saya menjual serum hilangkan parut. Ini contohnya:

Ingin Wajah Bebas Parut Supaya Boipren Lebih Sayang?

Faham setakat ni?

3. Fokus pada masalah utama prospek

 

Jika prospek tak pasti apa sebenarnya yang dia perlukan, tapi dia sedar dia ada masalah tertentu, pastikan headline kita fokus kepada masalah itu.

Sharp focus okay!

Untuk kategori ni, saya ambil contoh vitamin untuk tambah selera makan anak. Ini headline-nya:

Risau Anak Mudah Jatuh Sakit Kerana Tiada Selera Makan?

Okay, dalam headline ni kita fokus kepada masalah utama iaitu anak akan kerap jatuh sakit kerana kurang zat & vitamin akibat tiada selera makan.

Boleh faham?

.

Itu dia 3 kategori headline yang dikongsikan oleh copywriter legenda, Eugene Schwartz.

Jadi, tugas pertama kita sebelum tulis headline adalah untuk kenal pasti produk kita berada di kategori mana? 1,2 atau 3? Bila dah kenal pasti, barulah tulis mengikut penerangan di atas.

.

Nak belajar 30 formula menulis headline yang power tak?

 

Tim BuzzKonten ada tulis panduan cara-cara menulis headline yang efektif.

Kami sendiri gunakan formula-formula ini untuk klien dan Alhamdulillah, memang memuaskan. Rezeki Allah bagi.

Hasilnya, kadar klik pada iklan (CTR) lebih tinggi, cost per engagement jadi lebih murah dan iklan mereka lebih efektif.

 

–>> Klik sini untuk belajar 30 formula tulis headline efektif <<–