*BK2 start* *BK3 start*

Tiada idea nak buat poster cantik-cantik?

Relaks.

Kami boleh tolong selesaikan masalah anda.

Baca bawah ni kalau nak tahu 5 tool percuma yang boleh buat poster anda cantik-cantik.

.

1. Canva

buat poster

Tools ni lebih kurang sama je macam Adobe Photoshop. Bezanya, Canva ni lagi mudah nak guna dan boleh buat online je. Jadi, tiada lah berat komputer nak run macam Adobe Photoshop tu.

Setakat ni, dah lebih 10 juta orang guna tool ni. Percuma je. Boleh pilih nak daftar guna akaun fb atau daftar dengan emel.

Lagi best, tool ni ada feature unik. Nama dia Design School. Anda boleh dapat guideline lah kiranya dari Design School tu. Baru lah design gambar anda nampak pro sikit.

.

2. DesignBold

buat poster

Dengan DesignBold, semua orang boleh jadi pro dalam buat design. Lebih kurang ini lah tagline dari DesignBold.

Tak percaya?

Boleh cuba sendiri.

Lagi best, anda boleh guna tool ni untuk buat poster, ebook, majalah, iklan dan macam-macam lagi lah. Kualiti dia pun boleh tahan bagus.

.

3. Photoshop Express Editor

buat poster

Dah biasa guna Adobe Photoshop dan still nak guna yang Adobe Photoshop punya jugak. Aduh.. macam spam je tulis dua kali.

Okey lah.

Tool ni sesuai untuk anda yang memang peminat tegar jenama tu. Tool ni pun memang Adobe yang buat. Jadi, tak payah risau apa-apa.

Fungsi tool ni sama macam yang ada kat komputer anda tu. Cuma, tool ni lagi simple lah.

.

4. Stencil

buat poster

Sebut betul-betul. S-t-e-n-c-i-l ye. Bukan stemcel tau.

Dulu nama dia ShareAs Image. Sekarang dah branding balik, jadi Stencil.

Fungsi tool ni tak jauh beza macam Canva.

Lagi best, ada banyak template cantik-cantik dan tool ni sangat mesra media sosial tau. Anda cuma masukkan tulisan dan edit sikit je.

.

5. Youzign

buat poster

Tool ni pernah famous kejap sebelum ni. Mungkin sebab function untuk edit gambar dia sikit je, tu yang jadi kurang famous tu.

Tool ni jadi famous sebab apa?

Tool ni sediakan banyak gila template. Ribuan template yang HD tau. Bukan cikai punya.

.

Belajar sesuatu dari artikel ini?

Jom like FB Page kami untuk dapatkan tips-tips mudah yang anda boleh terus guna dalam bisnes!