*BK2 start* *BK3 start*

Pasti ramai nak tahu apa rahsia untuk closing kan?

Nak kata rahsia pun, bukan lah rahsia tergempar sangat pun.

Cuma ramai yang terlepas pandang atau tak sedar dengan cara ni saja.

Hari ini, kami ingin kongsikan 3 langkah simple untuk melancarkan lagi usaha closing anda.

Langkah #1 – Perkenalkan diri dan bina rapport

 

close sale

Bila sudah ada prospek yang Whatsapp, layan mereka dengan bersembang. Bina rapport dulu. Biar dia selesa dulu dengan anda.

Janganlah terus beritahu harga dan jual kepada mereka. Cara ini akan buat prospek terus senyap dan lari.

Prospek hanya beli bila sudah percaya dengan anda. Bina trust dengan cara berbual dulu.

Mahu berbual pasal apa?

Berbual tentang perkara ini:

  • Tanya khabar
  • Minta prospek ceritakan tentang masalah yang dihadapi
  • Berikan tips untuk kurangkan masalah itu

.

Jadi pendengar yang baik dan cuba fahami masalah prospek.

Sedar atau tidak, pada waktu ini lagi anda sudah tunjukkan komitmen mahu bantu prospek. Dengan prihatin mendengar masalah dan beri tips selesaikan masalah mereka.

Langkah #2 – Beritahu bagaimana anda boleh bantu

 

close sale

Langkah ini tidak boleh berjaya tanpa langkah pertama tadi.

Ingat saja-saja kami minta anda berbual?

Tidak sama sekali.

Selain dapat bantu anda hasilkan copywriting yang lebih baik dengan input baru, waktu ini juga anda pasti sudah kenal benar masalah apa yang mengganggu prospek itu. Sudah berapa lama ada masalah itu dan sebagainya kan.

Contoh, prospek ada masalah kulit berjeragat di pipi.

Jadi, berikan testimoni yang berkaitan dengan masalah jeragat di pipi saja. Tunjuk gambar sebelum dan selepas pelanggan yang pernah guna produk anda.

Langkah #3 – Close sale

 

close sale

Ini langkah yang paling penting.

Salah cara saja, anda boleh hilang prospek itu.

Sebelum close sale, anda perlu berikan irresistible offer dulu kepada prospek.

Antara irresistible offer yang anda boleh beri ialah:

  • Beri money back guarantee
  • Beri diskaun
  • Beri bonus kalau beli sekarang
  • Penghantaran percuma

.

Fahami 3 langkah mudah ini untuk closing prospek anda yang whatsapps. InsyaAllah, ada hasilnya.

.

.

Belajar sesuatu dari artikel ini?

Jom like page BuzzKonten untuk dapatkan tips-tips mudah yang anda boleh terus guna dalam bisnes!