*BK2 start* *BK3 start*

Sehingga hari ini, pakar-pakar masih berselisih pendapat tentang isu ini.

Adakah seseorang memerlukan bakat untuk beliau berjaya dalam bisnes? Atau bakat itu boleh dipupuk?

Sesetengah pakar percaya berniaga adalah kemahiran. Maksudnya ia boleh dilatih. Sesetengah pula percaya ia adalah bakat yang diwarisi. Bakat tidak dapat dilatih.

Disebabkan itulah pakar golongan kedua ini percaya insan yang tidak miliki bakat bisnes tidak mampu berjaya dalam bisnes.

 

Hanya mereka yang memiliki bakat semula jadi sahaja yang sesuai diberikan latihan keusahawanan

 

Sekiranya seseorang itu sudah berusia 40 tahun dan dia baru hendak mulakan bisnes, itu tandanya dia tidak mempunyai bakat bisnes.

Bagi orang yang punyai bakat bisnes, dia tidak tunggu hingga lanjut usia untuk mulakan bisnes. Sejak di bangku sekolah lagi dia sudah berbisnes.

Boleh jadi bila tiba musim buah, dia menjual rambutan kepada guru-guru atau rakan-rakan.

 

Entrepreneur vs. Intrapreneur

 

Ada 2 jenis bakat keusahwanan. Kedua-dua bakat ini berbeza dan kita wajib kenalpasti kita berada dalam golongan yang mana.

1) Entrepreneur :

Berkebolehan memula dan memimpin bisnesnya sendiri. Dalam bahasa mudah, mereka pandai menjalankan duit mereka sendiri.

2) Intrapreneur :

Mereka ini pandai menjalankan duit orang lain. Pandai bekerja makan gaji. Berbakat menjalankan tugas-tugas sebagai pengurus syarikat sehingga syarikat itu berkembang.

 

Kenalpasti bakat anda yang mana supaya tidak tersilap langkah

 

Ada orang sangka dia miliki bakat entrepreneur. Walhal dia adalah intrapreneur. Dia berjaya kembangkan syarikat majikannya. Akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mulakan bisnes sendiri.

Setelah sekian tempoh,  dia menghadapi pelbagai masalah. Akibatnya, perniagaan terpaksa gulung tikar dan menanggung sejumlah kerugian.

Bakat kita ini bersifat genetik. Nak tahu kita ada bakat bisnes atau tidak, mudah sahaja. Lihatlah ibu-bapa kita.

Apakah bakat yang mereka miliki? Kebarangkalian untuk kita miliki bakat yang serupa adalah lebih tinggi.

Bukan genetik sahaja. Persekitaran juga memainkan peranan penting untuk memupuk bakat ini.

Boleh jadi kita sudah miliki bakatnya. Tetapi, disebabkan persekitaran yang tidak kondusif, bakat itu tidak berkembang.

Jadi, tanya diri sendiri balik. Adakah anda mempunyai bakat bisnes atau tidak? Entrepreneur atau intrapreneur?

Namun, bagi saya, usaha bersulam ilmu, doa dan tawakal adalah jauh lebih penting.

Tidak guna kita berbakat sekalipun jika kita tidak berusaha dan memohon dari Sang Pemberi Segalanya.

Ikhlas,

Halif Bostaman.