*BK2 start* *BK3 start*

Kalau anda dah ikut satu demi satu konten dari website kami, mesti dah tahu serba sedikit pasal SEO kan.

Nak tanya, anda dah mula buat SEO untuk website ke belum?

Bagi anda yang masih tak jelas SEO ni apa, boleh baca di sini.

Kenapa nak guna SEO untuk bisnes?

Baca lagi untuk tahu apa manfaat SEO ni.

.

1. Branding

manfaat seo

Pernah terfikir tak anda sebenarnya boleh buat branding dengan guna Google je?

Kalau tak percaya, baca situasi kat bawah ni.

.

Anda nak cari cara buat nasi lemak yang sedap di Google.

Kemudian, anda taipkan ini di carian Google.

  • Cara buat nasi lemak kukus
  • Cara mudah buat nasi lemak
  • Ramuan rahsia buat sambal nasi lemak sedap

.

Setiap kali anda buat carian, anda jumpa jawapannya dalam laman web yang sama iaitu masakankampung.com.

Ini akan naikkan lagi branding dan kredibiliti sebab laman web anda muncul setiap kali buat carian.

.

2. Trafik yang boleh bagi duit

manfaat seo

Jika diberi pilihan, anda nak buka kedai kat Pavilion ke atau buka kedai kat ceruk kampung pedalaman? Anda pilih yang mana?

Mesti buka kedai kat Pavilion kan.

Bukan je sebab Pavilion ni bangunan gah dengan barangan import berkualiti tinggi tapi juga sebab ramai orang singgah kat Pavilion ni. Trafik pengunjung datang Pavilion boleh mencecah ribuan orang berbanding kedai biasa di kawasan pedalaman.

Jadi, trafik yang banyak ni lah boleh bagi peluang untuk bisnes anda buat duit.

Usaha marketing tetap kena buat. Bukan bermakna dah banyak trafik, terus berhenti buat marketing, betul tak?

.

3. Beri pulangan ROI yang tinggi

manfaat seo

Bukan saja SEO, tapi banyak kaedah internet marketing boleh beri ROI yang lebih tinggi berbanding kaedah marketing tradisional.

Sebabnya ialah anda dapat pelanggan yang memang cari produk atau servis anda untuk selesaikan masalah mereka. Dalam kata lain, anda dapat pelanggan yang berkualiti.

Anda cuma kena yakinkan pelanggan bahawa anda jual produk yang proven boleh selesaikan masalah pelanggan itu saja.

.

Belajar sesuatu dari artikel ini?

Jom like FB Page kami untuk dapatkan tips-tips mudah yang anda boleh terus guna dalam bisnes!